Aktiviti/Kegiatan

Ahli Lembaga Koperasi sesi 05/06 telah berusaha untuk menambah dana dengan memulakan aktiviti-aktiviti perniagaan yang boleh menghasilkan pendapatan. Buat permulaan koperasi telah membeli satu unit 'resort apartment' Tiara Beach Resort di Port Dickson. Dan satu unit lagi hotel dari KL Metropoitan juga di Port Dickson. Di sebabkan tiada kemahiran untuk menguruskannya, koperasi telah menyerahkan semula kepada pihak pengurusan resort dan hotel tersebut untk mengendalikannya. Pulangan dalam bentuk tunai tidak begitu menggalakkan kerana pihak koperasi perlu membayar semula pinjaman kepada Bank Rakyat. Walau bagaimana pun jika dikira dalam jangka masa panjang, ia adalah masa panjang, ia adalah satu pelaburan hartanah yang menguntungkan.

Dengan nasihat daripada pihak Jabatan Pembangunan Koperasi Wilayah Persekutuan, koperasi akan mula memasuki dalam bidang kerja-kerja yang ditawarkan oleh kerajaan melalui tawaran tender. Buat permulaan koperasi telah memohon lesen Kementerian Kewangan dan permohonan tersebut telah pun diluluskan. Bidang kerja yang diceburi seperti Khitmat Pencucian dan Pembersihan, Pembekal Alatulis, Fotogarafi dan Peralatan dan Bidang Pertanian dan Penternakan.

Selain dari itu koperasi juga bercadang menceburi dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan teksi bandar. Permohonan akan dikemukakan kepada Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Kementerian Pembanggunan Usahawan dan Koperasi.