Pengenalan

Koperasi ditubuhkan pada 26 Oktober 1974 di bawah Seksyen 7 Ordinan Syarikat-Syarikat Kerjasama Tahun 1948 dengan nama Koperasi Perumahan dan Kebajikan Islam Bhd. (Shukor Bhd) dengan nombor pendaftaran 4973. Peneraju koperasi pada masa itu adalah juga Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan iaitu bekas hakim Makhamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abd. Aziz yang sebelum itu juga sebagai pengamal undang-undang.

Pada tahun 1978 Koperasi dengan kerjasama sebuah Syarikat Pemaju Perumahan iaitu Syarikat Shalina Sdn Bhd. telah membangunkan kawasan perumahan Taman Setapak Jaya. Pembangunan kawasan perumahan itu diutamakan untuk perumahan kos rendah. Rumah-rumah yang direkabentuk adalah jenis 'Cluster Link House' atau Rumah Berkelompok dua tingkat dan tiga tingkat. Disamping itu terdapat juga rumah kedai dan pejabat.

Semua ahli koperasi telah ditawarkan untuk membeli rumah-rumah tersebut dengan harga RM 12,000.00 (2 tingkat) dan RM 18,000.00(3 tingkat). Diposit untuk membeli rumah tersebut telah dikeluarkan melalui saham-saham ahli didalam koperasi sebagai pinjaman. Sehingga sekarang pinjaman itu masih belum diselesaikan oleh kebanyakan ahli. Faktor utama pinjaman itu tidak dapat dikutip semula ialah kurangnya rasa tanggungjawab dari ahli-ahli. Ini ditambah pula dengan kebanyakan ahli telah menjual rumah tersebut dan kebanyakan dari mereka telah tidak dapat dihubungi sehinggalah sekarang.

Berikutan itu kedudukan kewangan koperasi mengalami keadaan yang meruncing. Sehingga pada suatu ketika, ahli lembaga koperasi telah mengambil keputusan untuk menjual bangunan pejabat koperasi. Walau bagaimana pun tindakan itu tidak diteruskan setelah ahli lembaga memikirkan semula akan kesan-kesan tindakan tersebut.

Sekarang ini pejabat koperasi masih beroperasi dibangunan berkenaan ditingkat satu dan ditingkat bawah (lot kedai) disewakan kepada Peniaga Alat Tulis. Tingkat dua pula disewa kepada penyewa kediaman.

Dari hasil sewaan banggunan itulah, kperasi dapat meneruskan aktiviti-aktiviti seperti mengadakan mesyuarat bulanan dan mesyuarat agong perwakilan sehingalah sekarang bagi memenuhi kehendak akta koperasi.